Niat Solat Mengikut Empat Mazhab


Niat : Ia adalah kemahuan yang dimaksudkan untuk mengerjakan sesuatu kerana mengharap keredhaan Allah dan mematuhi perintah-Nya. Ia merupakan perbuatan hati semata, yang tiada kena mengena dengan ungkapan lisan.

Bahasa : Qasad (menuju atau bermaksud mahu melakukan sesuatu).

Istilah syara’ : Qasad sesuatu yang disertai dengan melakukan sesuatu (apa yang diniatkan).

Pendapat ulama tentang lafaz niat :

Imam Syafie : Lafaz niat adalah disunatkan, ianya untuk membantu menghadirkan niat di dalam hati.

Imam Hanafi :
Lafaz niat adalah Bid’ah

Imam Maliki : Kurang elok dan patut dihindari

Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (Ulama Hanbali) : Nabi S.A.W ketika memulakan solat, nabi hanya menyebut kalimah “ ALLAHUAKBAR ” dan tiada perkataan lain didengari sebelum lafaz takbir sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : “Sah atau tidaknya solat seluruh perbuatan itu adalah bergantung kepada niat. Setiap orang akan meraih pahala atau dosa adalah berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan.”

( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi )

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Artikel Terbaru..PANAS!!!

Jom Baca Lagi...

55. Mut'ah

Komen Terbaru

Recent Comments Widget by Blogger Widgets